PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN
Pengawas dan ketua kelas bergambar bersama Guru Besar,
PK 1, dan PK HEM SK Sri Chiku 1, serta Pegawai PPD Gua Musang
di akhir sesi program.
KURSUS KEPIMPINAN & MOTIVASI
Pada 6 Mac 2010, 1 program Kem Kepimpinan dan Motivasi, Pengawas dan Ketua Kelas telah diadakan bertempat di Dewan Orang Ramai, Felda Chiku 01. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Badan Pengawas dan Disiplin Sekolah Kebangsaan Sri Chiku 01, dirasmikan oleh Penolong Kanan HEM Encik Mohd. Arizan b. Mat Nawi. Seramai 130 orang pengawas dan ketua kelas telah menghadiri kem tersebut dan mereka melakukan beberapa aktiviti yang boleh meningkatkan pengetahuan diri mengenai tugas, meninggikan motivasi diri, serta mampu bersedia untuk menjalankan tugas dengan penuh integriti.
Program tersebut juga dihadiri oleh Pegawai Polis Balai Polis Paloh untuk memberikan ceramah, dan Pegawai PPD Gua Musang untuk perasmian penutup serta penyampaian sijil dan hadiah.
Subscribe to:
Posts (Atom)